Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 3, 2017

Kad Kahwin (DIY lukis peta guna Microsoft Powerpoint) | Countdown to #maeleeq

Ok ni baru cakap pasal kad kahwin.

Mula-mula aku plan nak design, print sendiri kad kahwin ni. Tapi, bila pikir-pikir aku malas pulak nak habeskan masa nak carik idea kreatif untuk design those cards (masalah OCD ni selagi tak puas hati, tak boleh move on buat kerja lain. so macam buang masa).

So aku pergilah tempah. tapi bajet memang kaw-kaw lah.

1. RM350 + RM30(postage)
2. 1000pcs
3. Saiz 6x6 inch untuk kedua-dua belah L&P
4. Free 2 bunting

Aku kira puas hati dah.. hihi..

Then bila all planning (date, time, venue da in place), aku pon walk in untuk tempah design bagai. Masa tempah tuh, baru aku ingat aku tak draft peta pon lagi. Dah lah ambil masa 28hari untuk tempahan siap. Majlis kurang 3 bulan lagi. #paniksekejap. HAHA

Lalu aku pon google-google cara mudah untuk design. Aku tahu boleh sketch je on paper, conteng gituh2 and WA je designer. Tapi aku malas nak layan orang typo lah, pastu dia punya visi tak menepati taste aku (mungkin dia ala2 hipster, aku ala2 moden.. haa kan da kontra tuh).

Jadi untuk mengelakkan 2, 3 kali draft berbalas-balas email, aku buat sendiri peta sehabis baik supaya dia boleh tengok betapa cerewetnya visi dan misi bridezilla sorang ni LOL

Bila aku google, keluar lah macam-macam software orang recommend.. And ada suruh guna photoshop lah ape lah.. Aku aim Excel / Powerpoint je.. Basic. Simple. Minimalis #eh..

Banyak bebel..

***

So aku plan buat sendiri guna powerpoint. Kepada sesiapa yang plan nak buat sendiri kad / peta dan jenis malas nak digest new software.. Mari ikut langkah-langkah saya :)


1. Carik existing map dalam kad kahwin area rumah korang. Disebabkan lokasi aku di kampung, so aku prefer map dari highway and lalu landmark-landmark yang dikenali. And pastikan korang faham map tuh baru guna as contoh. Jangan korang pon tak faham, lepas tuh nak bagi orang faham pulak. Krikk..


2. Buka Powerpoint. Jadikan Blank Layout as base. Senang.


3. Start design jalan tiru saja peta yang da ada tuh. Aku bagi tips untuk design jalan nye ye. Bawah ni contoh untuk simpang 4 & roundabout. Harap korang faham. huhu.


4. Lepas tu bolehlah tambah accessories macam anak panah, traffic lights, landmarks (stesen minyak, sekolah and etc.) Semua icon-icon ni korang boleh google je. Disebabkan aku nak hantar ke designer.. aku google gitu-gitu je malas nak pikir sebab confirm dorang da ade database unuk icon-icon ni kan? :)


5. Then, double triple check jalan semua rerasa cam da complete, bolehkan pass to your designer or kepada sesiapa yang DIY, boleh lah dengan happy nya group kan all of your titik peluh ni dan save as picture, letak kat ruangan peta dalam kad jemputan korang. siap! HAPPY tak? HAPPY tak?  



Goodluck uollss!!


XOXO

1 comment:

worksai kumar said...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
Kad kahwin diy

Shareaholic!